Cabaran N Dugaan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...masih lagi saya berpeluang untuk menulis blog ini, syukur kepada Allah...

Hari ini apa yang saya ingin kongsi an kepada anda semua ialah tentang kehidupan manusia yang merangkumi cabaran dan dugaan...Apa yang kita paham tentang cabaran dan dugaan..??saya pasti kawan2 semua paham dan mengerti apa itu cabaran dan dugaan..betul kan..??
Baiklah...Allah sering menguji kita dengan cabaran dan dugaan kepada umatNya bagi melihat bagaimana mereka menempuhnya dan meminta pertolongan kepadaNya...

Firman Allah swt,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah swt mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
{Al-Ankabut : 2-3}
Sekarang kita diuji dengan minda kita semua..betulkan..??

Kita dicabar untuk menguji dan mencari masalah dalam proses asas reka cipta ini...Dalam asas Reka Cipta, kita perlu mencabar kreativiti kita dan cuba tempuh dugaan dengan sebaik2nya...Usaha tangga kejayaan..janganlah kita terlalu memikirkan benda yang susah...tapi kita kita fikir benda yang mudah, senang dan boleh mendatang kekreativitian masing2...
Janganlah dengan cabaran dihadapi sampai nak nak pecah otak lak..:)
Kreativiti membuat saya giler...?????Kesian kucing ni giler da dia..hehehe
Fikir lah secara tenang dan jangan terlalu tertekan..Peace..
Taniah anda kepada anda yang melihat blog saya yang singkat entri kali ini..(^_^)
So
Bye2...


LaKaraN

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya akan berkongsi tentang lakaran...Apa itu lakaran..?????

Lakaran ini adalah idea yang dinyatakan didalam sehelai kertas yang dilukis dengan mengikut kehendak masing-masing...

Lakaran ini adalah teknik lukisan dan boleh juga dijadikan sebagai komunikasi NONVERBAL....

Komunikasi nonverbal??? macam pelik jugakan kalau ada orang menyatakan lakarannya dengan ayat begitu...Sebenarnya komunikasi mengkombinasikan seni, lambang, tipografi, gambar, bentuk grafik, ilustrasi dan warna dalam penyampaiannya di sehelai kertas...


Mari kita bercerita sekejap,

Daripada Ibnu Mas'ud r.a berkata, Nabi Muhammad SAW melukis rajah empat segi. Kemudian, di tengah-tengah segi empat itu baginda lukis suatu garisan panjang yang sampai terkeluar dari segi empat itu. Kemudian baginda melukis garis-garis pendek dibawah garis tengah itu. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW berkata (menerangkan makna lukisan itu). 
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Nawawi)

Pasti anda semua tertanya apa yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad dalam lukisan itu, nanti saya akan ceritakannya...

TAPI saya ingin menekan bahawa teknik lakaran ini sebenarnya ingin menyampaikan sesuatu seperti Nabi Muhammad menyampaikan dalam bentuk lakaran..



 THEN

Have A Nice Day Everyone...(^_^)