Harta intelek
merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran
berlainan yang hak esklusif diakui di bawah bidang undang-undang
berkait.
Di bawah undang-undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak
esklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata, seperti muzik,
penulisan, dan karya seni; jumpaan dan ciptaan; dan perkataan, farsa,
symbol dan reka bentuk. Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak
cipta, cap dagang, paten,
hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah
perundangan.
Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada
hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya
muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka
bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten
dan hak-hak lain yang berkaitan.
Di bawah undang-undang harta intelek,
pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai
hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan
tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan
ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah
negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi
pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan
pengetahuan.
Sungguhpun kebanyakan prinsip perundangan mengenai harta intelektual
telah berubah selama beberapa abad, ia hanyalah pada abad ke-19 istilah hak milik intelektual mula digunakan, dan tidak sehingga akhir abad ke-20 ia menjadi meluas di kebanyakan dunia.
Statut Anne British 1710 dan Statut Monopolies 1623 kini dianggap sebagai asal hakcipta dan undang-undang paten berikutnya.
No comments:
Post a Comment