antropometri...????

Antropometri dalam antropologi fizik merujuk pada pengukuran individu manusia untuk mengetahui variasi fizik manusia.

Kini, antropometri berperanan penting dalam bidang perancangan industri, perancangan pakaian, ergonomik, dan arkitek. Dalam bidang-bidang tersebut, data statistik tentang distribusi dimensi tubuh dari suatu populasi diperlukan untuk menghasilkan produk yang optimal. Perubahan dalam gaya kehidupan sehari-hari, nutrisi, dan komposisi etnik dari masyarakat dapat membuat perubahan dalam distribusi ukuran tubuh (misalnya dalam bentuk epidemik kegemukan), dan membuat perlunya penyesuaian berkala dari koleksi data antropometrik.

PSG dengan metode antropometri adalah menjadikan ukuran tubuh manusia sebagai alat menentukan status jisim manusia. Konsep dasar yang harus dipahami dalam menggunakan antropometri secara antropometri adalah Konsep Dasar Pertumbuhan

Pertumbuhan terjadinya perubahan sel tubuh dalam 2 bentuk iaitu pertambahan sel dan pembelahan sel, yang secara akumulasi terjadi perubahan ukuran tubuh. Jadi pada dasarnya menilai status jisim dengan metode antropometri adalah menilai pertumbuhan. Hanya saja pertumbuhan dalam pengertian pertambahan sel memiliki batas waktu tertentu. Para pakar antropometri sepakat bawah pada umumnya pertumbuhan manusia dalam pertambahan sel akan berhenti pada usia 18-20 tahun, walaupun masih ditemukan sebelum 18 pertumbuhan sudah berhenti, dan sebaliknya setelah 20 tahun masih ada kemungkinan pertumbuhan masih berjalan.

Makhluk hidup, termasuk manusia makan untuk memenuhi jisim tubuh. Jisim tubuh akan makanan dapat dibagikan dari tiga fungsi makanan itu sendiri iaitu :
  • Sumber Tenaga
  • Pertumbuhan
  • Pemeliharaan
Sebagai sumber tenaga adalah karbohidrat, lemak dan protein, dalam urutan yang berbeza sebagai sumber tenaga. Pembakaran 1 gram karbohidrat menghasikan 4,1 kalori, protein 41 kalori dan lemak 9 kalori per gramnya. Namun lemak bukanlah sumber tenaga utama oleh kerana untuk metabolisme lemak dibutuhkan kalori yang lebih tinggi untuk Specifik Dinamyc Action (SDA)nya.
Sebagai sumber zat pembangun adalah Protein, Lemak dan Karbohidrat. Sedangkan sebagai sumber zat pengatur adalah vitamin dan mineral.

Antropometri dapat dibagi menjadi 2 iaitu,
  1. Antropometri Statik
Pengukuran manusia pada posisi diam, dan selari pada permukaan tubuh.
  1. Antropometri Dinamik
Yang dimaksud dengan antropometri dinamik adalah pengukuran keadaan dan ciri-ciri fizik manusia dalam keadaan bergerak atau memperhatikan gerakan-gerakan yang mungkin terjadi saat pekerja tersebut melaksanakan kegiatannya.

ERGONOMIK







Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.

Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan, dan persekitaran tempat mereka bekerja.

Penulis buku Bodyspace-Anthropometry, Ergonomics and the design of Work, Stephen Pheasant mengatakan, ruang kerja pejabat yang asas mempunyai hanya meja dan kerusi, pengguna hanya melakukan dua pekerjaan sahaja iaitu:

1. Tugasan berasaskan kertas- membaca, melakar dan menulis.

2. Tugasan berasaskan skrin- komputer, projektor dan televisyen.



........lets talk......
BARU 15 minit di depan komputer menyiapkan tugasan, leher, bahu dan pergelangan tangan sudah berasa lenguh. Bahagian belakang dan pinggang pula terasa sengal.
Jika berhadapan dengan situasi ini, apa yang akan anda lakukan? Mahu meneruskan kerja atau berehat seketika? Atau melakukan alternatif lain seperti membetulkan kedudukan dan mencari posisi yang lebih selesa.
"Persekitaran kerja yang ergonomik memang membantu meningkatkan kualiti kerja. Tapi ia tidak semestinya bergantung kepada perabot yang digunakan, sebaliknya setiap individu boleh mewujudkan persekitaran ergonomik jika mereka mahu," kata Pakar dan Perunding Kesihatan Pekerjaan, Dr. B. Jagdev Singh.
Merujuk Wikipedia, terma ergonomik berasal dari perkataan Greek iaitu ergon yang bermaksud kerja dan nomos yang bermaksud hukum semula jadi.
Ergonomik diterjemahkan sebagai satu disiplin dalam bidang sains dan teknologi yang bertujuan untuk menyesuaikan penggunaan peralatan-peralatan pekerjaan, reka bentuk tempat kerja, persekitaran dan cara bekerja mengikut had serta kemampuan fizikal dan mental para pekerja.
"Atau dalam bahasa yang lebih mudah, memadankan mesin atau peralatan dengan manusia juga sebaliknya agar boleh berinteraksi atau bekerja dalam suasana yang harmoni," kata beliau.
Menurutnya, ergonomik juga disebut human factors di mana ia mengambil kira ciri-ciri individu seperti tinggi, berat, bentuk badan, penglihatan dan yang paling penting tahap kesihatan seseorang.
Penyelidik bidang ini melihat kepada penyesuaian kemampuan manusia melalui cara kerja, tempat kerja dan peralatan yang sesuai untuk bekerja. Reka bentuk ergonomik yang betul penting bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada beban dan ketegangan jangka panjang.



Faktor risiko ergonomik


Dr. Jagdev berkata, bagi mendapatkan persekitaran kerja yang ergonomik ia tidak memerlukan perabot khas yang pastinya mencecah harga ribuan ringgit.
"Setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal dan juga kekuatan. Kebolehan mereka juga berbeza. Fakta asas ini tidak boleh diubah. Kita perlu menggunakan fakta asas ini untuk merancang kerja dan juga keadaan persekitaran kerja," katanya.
Seseorang pekerja harus tahu apakah faktor risiko ergonomik yang sering berlaku di tempat kerja, kata Dr. Jagdev.
Faktor risiko ergonomik merujuk kepada aspek kerja yang boleh menyebabkan kelesuan otot, kecederaan anggota badan disebut penyakit otot rangka (muscular skeletal disorder - MSD) dan juga sindrom carpal tunnel (pergelangan tangan).
Menurutnya, secara umum terdapat lima faktor risiko ergonomik. Faktor utama adalah kedudukan badan tidak neutral ketika melakukan kerja seperti penyalahgunaan otot akibat membongkok, memusingkan badan secara paksa, mencangkung dan mendongak.
"Apabila pekerja melakukan kerja dalam keadaan kedudukan tidak neutral, ia akan memberi tekanan kepada struktur otot rangka seperti tendon, ligamen, saluran saraf dan salur darah," katanya.
Perkara tersebut berlaku kerana reka bentuk ruang kerja dan kedudukan kerja yang biasa diamalkan.
Katanya, keadaan seperti reka bentuk, susun atur komputer dan papan kekunci, kerusi serta meja yang tidak selesa menyebabkan pekerja terdedah kepada risiko tersebut.
Faktor kedua menurut beliau adalah kerja-kerja berulang yang melibatkan pergerakan anggota badan yang sama. Ia biasanya melibatkan otot, tendon dan sendi.
"Biasanya pekerja tidak menyedarinya sehingga merasa tanda-tanda awal seperti lenguh, kebas dan kelesuan atau sakit otot. Ini berpunca daripada masa kerja yang panjang, kadar kerja dan masa rehat yang pendek," kata beliau.
Pekerja dinasihat melakukan senaman regangan untuk mendapatkan pengaliran darah yang baik pada seluruh anggota dan mengelakkan daripada mendapat kelesuan otot, lenguh atau sakit pada anggota badan tertentu.
Walaubagaimanapun menurut Dr. Jagdev, terdapat juga kes di mana berlaku masalah seperti ini dan apabila dianalisis, ia bukan disebabkan kerja. Sebaliknya berpunca daripada kesilapan posisi ketika tidur.



Faktor seterusnya kata beliau adalah sentuhan.


"Tekanan wujud apabila permukaan tisu lembut seperti tapak tangan, bahagian dalam lengan, pergelangan tangan dan jari yang bersentuhan dengan permukaan tajam atau keras seperti bahagian tepi meja dan papan kekunci," katanya.
Bagi mengurangkan masalah berkenaan penggunaan pelapik gel untuk pergelangan tangan dapat membantu mengurangkan tekanan yang diterima pada permukaan tisu lembut.
Kedudukan yang statik juga menjadi faktor risiko kepada individu. Statik bermaksud pergerakan yang minimum pada bahagian tertentu ketika bekerja.
"Biasanya pekerja mengekalkan sesuatu kedudukan atau posisi dalam keadaan agak lama dan mengakibatkan pergerakan minimum pada otot dan sendi. Contohnya seperti berdiri terlalu lama. Akibatnya akan berlaku gangguan atau kurangnya pengaliran darah.
"Pekerja yang sering menggunakan komputer dinasihatkan agar kerap bergerak dan melakukan senaman regangan ringkas setiap 40 minit," katanya.

Faktor terakhir kata Dr. Jagdev adalah pencahayaan dan suhu ruang kerja.
"Kedua-dua faktor ini memainkan peranan penting bagi meningkatkan produktiviti pekerja," kata beliau.
Menurutnya, fokus yang terlalu lama pada sesuatu imej akan menyebabkan mata menjadi letih atau tertekan.
Kerana itu pekerja digalakkan mengelipkan mata bagi menggalakkan kelembapan pada permukaannya dan juga rehat setiap 30 minit bagi memulihkan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Manakala suhu yang terlampau panas atau sejuk akan mengganggu pengaliran darah dan haba badan.



Langkah positif bagi mengelakkan MSD:-



Walaupun persekitaran tidak ergonomik boleh mengundang MSD kata Dr. Jagdev, namun daripada kebanyakan kes yang dikendalikannya tidak berkaitan dengan kerja.
"Ia juga boleh disebabkan permainan atau sukan seperti bola sepak, sepak takraw, ragbi dan sebagainya," kata beliau.
Bagaimanapun katanya, setiap individu yang berkerja perlu mengambil langkah positif bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku tidak kira di mana sahaja.
Antara langkah yang boleh diambil:
l Tetapkan suhu persekitaran sekitar 22 - 25C dan kelembapan pada 40-70 peratus.
l Ubah ketinggian monitor komputer pada aras yang sesuai, pastikan bahagian atas monitor berada pada aras yang sama dengan mata bagi memastikan pekerja tidak tunduk atau mendongak ketika melihat skrin.
l Bagi pekerja yang menggunakan komputer riba, ubah sudut skrin sehingga pada jarak penglihatan optimum manakala jarak antara skrin ditetapkan pada satu depa.
l Ubah suai arah dan sudut skrin bagi mengelakkan silau serta gunakan tirai untuk mengawal cahaya.
l Rehatkan mata dengan melihat objek-objek segar seperti pokok, rumput, daun dan ikan.
l Pekerja disarankan mengambil tempoh rehat selama lima minit setiap satu jam bekerja dan masa santai di kerusi selama satu hingga dua minit setiap setengah jam bekerja atau bila yang dirasakan sesuai.
l Ketika masa rehat pekerja dinasihatkan bangun dan berjalan kerana pergerakan dapat mengurangkan tekanan pada minda serta membantu pengaliran darah.
l Semasa santai pula, pekerja dinasihatkan melakukan senaman regangan ringkas bagi membantu pengaliran darah dan mencegah kelesuan otot.
l Posisi atau kedudukan papan kekunci atau tetikus perlu berada dalam keadaan mudah dicapai dan dekat dengan badan.
l Gunakan kerusi yang sesuai dan boleh diubah ketinggian dan kecondongan bagi memberikan keselesaan kepada pekerja. Seandainya kaki tidak mencecah ke lantai, gunakan bangku kecil untuk menampan.



Kesan ergonomik yang tidak baik :



 kemalangan dan kecederaan
 MSD
nmorbiditi psikologi
 kejadian kritikal (termasuk kemusnahan persekitaran)
pengurangan kecekapan dan produktiviti terjejas
 kegagalan sistem
ketidakpuasan kerja
moral rendah di kalangan pekerja
berhenti kerja
Ke arah persekitaran ergonomik
Sekali lagi Dr. Jagdev menekankan bahawa ergonomik bukan terletak sepenuhnya pada peralatan yang digunakan.

"Yang paling penting adalah usaha kita sendiri untuk menjaga keselamatan diri ketika berkerja bagi mengelakkan sebarang kemalangan juga menjaga kesihatan keseluruhan dengan sebaiknya," katanya.

Dalam apa sekali pun keadaan katanya, kemalangan boleh berlaku namun jika ia boleh diminimumkan adalah lebih baik.
"Peralatan yang canggih sekali pun tidak berupaya menghalang diri kita daripada mendapat kecederaan atau pun diserang penyakit.. Menjaga pemakanan dan bersenam di samping peka dengan keadaan sekeliling adalah kunci untuk mendapatkan kesihatan yang optimum," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2VRngFpyI 


© Utusan Melayu (M) Bhd 





3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer

1. Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.

2. Gunakan teknik Pomodoro® 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.

3. Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.

Apabila pejabat lebih ergonomik, pekerja berasa lebih sihat, selesa dan selamat . Selain itu, produktiviti kerja pekerja akan meningkat dan berkualiti.

Disokong oleh David J. Oborne, penulis buku Ergonomics at Work, apabila memahami bagaimana kita melakukan kerja atau berinteraksi dengan peralatan, dan apabila manusia dengan mesin dalam keadaan lengkap melengkapi, produktiviti kita akan meningkat.




ELEMEN REKA BENTUK

Elemen reka bentuk…??????
Ok hari ini kita akan mengenal sedikit sebanyak mengenai elemn reka bentuk…
Elemen ini merupakan unit asas dalam pembentukan sesuatu imej visual. Contoh lukisan perabot, lukisan pelan rumah dan sebagainya.
Dalam elemen ini pula terbahagi kepada 6…!!!
Yang pertama, iaitu titik….
Semua orang pasti mengenal apa itu titik bukan. Tidak mungkin tidak pernah Nampak titik. Titik ini biasa digunakan oleh kita. Keperluan dalam penghasilan lapora. Betulkan..???
Tetapi titik juga, merupakan satu elemen reka bentuk yang paling mudah. Titk ini mempunyai pelbagai fungsi yang dapat kita gunakan. Contohnya, titik focus pada sesuatu lukisan, titk yang member tumpuan pada satu keadaan dan lain-lain.
Mesti anda pernah melihat buruj di langit…??cuba anda perhatikan pasti setiap cantuman buruj itu dihsailkan oleh titik-titk yang terdapat di burujkan…????



Titik bagi anak panah diatas dapat menarik tumpuan kita terutama sekali pada pergerakkan yang seiringan bersama…ok itu elemen bagi titik.

Seterusnya elemen bagi garisan pula, setiap kehidupan kita adanya garisan yang sering kita lihat terutama di jalan raya. Garisan ini pula dianggap sebagi satu titik yang dilukis rapat sehingga terbentuknya satu lukisan garisan panjang. Dengan mata kita, kita hanya melihat ianya garisan bukan titik betulkan..??
Oleh sebab itu, garisan ini boleh menjadi pelbagai bentuk menegak, melengkung atau bermacam-macam bentuk lagi…
Kali ini bentuk pula elemen reka bentuk…
Bentuk ini dikatakan  sebagai satu kawasan yang jelas kelihatan daripada ruang bersebelahan atau di sekelilingnya. Ianya terbentuk setelah satu garisan yang wujud menutup atau mengelilingi kawasan tersebut.

Bentuk ini boelh diwakilkan kan sebagai bentuk fizikal, pergerakan mata dan sebagainya. Melalui bentuk kita boleh memahami sesuatu symbol yang timbul hasil bentuk itu.
Sekarang ini kita pergi pula ke elemen nilai dalam reka bentuk..
Nilai ini merupakan darjah kecerahan dan kegelapan relative sesuatu elemen reka bentuk.
Garisan, warna, tekstur dan bentuk memerlukan perbandingan nilai supaya dapat dilihat Nilai digunakan untuk menjelaskan objek, bentuk dan ruang.

Nilai ini boleh digambarkan dengan kegembiraan, keseronokan kesedihan, misteri dan sebagainya..

PRINSIP REKA BENTUK

Assalamualaikum semua…..
Sihat…????
Ok hari kita meneruskan bab bagi reka cipta kita…
Prinsip reka bentuk…?????
Semua orang mempunyai prinsip hidup betulkan…??kadang prinsip itu dinilai dengan bermacam-macam cara yang dihasilkan oleh manusia itu sendiri.
Kali ini, reka bentuk pun mempunyai prinsip juga. Jangan fikir prinsip ini hanya terdapat pada fizik dan hidup..(^_^)
Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.
Dalam prinsip ini, prinsip keseimbangan. Keseimbangan memberikan kestabilan pada sesuatu benda atau barang. Jika tiada keseimbangan, maka runtuhlah atau cacatlah reka bentuk kita itu. Keseimbangan ini bukan sahaja hanya pada reka bentuk, malah pada warna, tekstur dan lain-lain lagi juga pun ada.

Prinsip ini amat penting dalam satu elemen reka bentuk yang sangat menarik perhatian kita.tanpa prinsip, tiada lah cantik atau berguna serta tidak bernilai sesuatu reka bentuk kita.

WARNA


Apa itu warna...??
Biru,merah kuning, hijau..........
Mari kita lihat....
Menurut, En. Google, warna adalah sifat cahaya yang ditentukan oleh gelombang iaitu spektrum. Malahan ianya juga dikenali sifat-sifat objek atau bahan-bahan...
Pelbagai persepsi yang diberikan dalam apa itu warna..tapi apa yang pasti adalah warna merupakan sebuah kehidupan yang dipancarkan dari mata dan otak manusia sebagai satu pemandangan yang indah.
Dalam warna ini ada 3 jenis warna yang telah dikelaskan....
1.       Warna asas
warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:
·         Merah
·         Biru
·         Kuning


2.       Warna sekunder
Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder tersebut ialah:
Warna Asas 1
Campuran
Warna Asas 2
Hasil Warna
Merah
+
Kuning
Jingga
Kuning
+
Biru
Biru
+
Merah

3.       Warna tertier
Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.
Warna Asas
Campuran
Warna Sekunder
Hasil Warna
Kuning
+
Hijau
Kuning
+
Jingga
Merah
+
Jingga
Merah
+
Ungu
Biru
+
Ungu
Biru
+
Hijau






Owh....itulah warna an...
Tapikan cuba kita bayangkan hidup kita tanpa warna...???
Agak-agaknya macam manakan...???


Warna ini juga menjadi inspirasi hidup kita an..... Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati.
Ok, sekarang kita sudah tahukan....Apalagi kita tunggu, mari kita mulakan projek berwarna ramai-ramai...(^_^)



Cabaran N Dugaan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...masih lagi saya berpeluang untuk menulis blog ini, syukur kepada Allah...

Hari ini apa yang saya ingin kongsi an kepada anda semua ialah tentang kehidupan manusia yang merangkumi cabaran dan dugaan...Apa yang kita paham tentang cabaran dan dugaan..??saya pasti kawan2 semua paham dan mengerti apa itu cabaran dan dugaan..betul kan..??
Baiklah...Allah sering menguji kita dengan cabaran dan dugaan kepada umatNya bagi melihat bagaimana mereka menempuhnya dan meminta pertolongan kepadaNya...

Firman Allah swt,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah swt mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
{Al-Ankabut : 2-3}
Sekarang kita diuji dengan minda kita semua..betulkan..??

Kita dicabar untuk menguji dan mencari masalah dalam proses asas reka cipta ini...Dalam asas Reka Cipta, kita perlu mencabar kreativiti kita dan cuba tempuh dugaan dengan sebaik2nya...Usaha tangga kejayaan..janganlah kita terlalu memikirkan benda yang susah...tapi kita kita fikir benda yang mudah, senang dan boleh mendatang kekreativitian masing2...
Janganlah dengan cabaran dihadapi sampai nak nak pecah otak lak..:)
Kreativiti membuat saya giler...?????Kesian kucing ni giler da dia..hehehe
Fikir lah secara tenang dan jangan terlalu tertekan..Peace..
Taniah anda kepada anda yang melihat blog saya yang singkat entri kali ini..(^_^)
So
Bye2...


LaKaraN

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya akan berkongsi tentang lakaran...Apa itu lakaran..?????

Lakaran ini adalah idea yang dinyatakan didalam sehelai kertas yang dilukis dengan mengikut kehendak masing-masing...

Lakaran ini adalah teknik lukisan dan boleh juga dijadikan sebagai komunikasi NONVERBAL....

Komunikasi nonverbal??? macam pelik jugakan kalau ada orang menyatakan lakarannya dengan ayat begitu...Sebenarnya komunikasi mengkombinasikan seni, lambang, tipografi, gambar, bentuk grafik, ilustrasi dan warna dalam penyampaiannya di sehelai kertas...


Mari kita bercerita sekejap,

Daripada Ibnu Mas'ud r.a berkata, Nabi Muhammad SAW melukis rajah empat segi. Kemudian, di tengah-tengah segi empat itu baginda lukis suatu garisan panjang yang sampai terkeluar dari segi empat itu. Kemudian baginda melukis garis-garis pendek dibawah garis tengah itu. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW berkata (menerangkan makna lukisan itu). 
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Nawawi)

Pasti anda semua tertanya apa yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad dalam lukisan itu, nanti saya akan ceritakannya...

TAPI saya ingin menekan bahawa teknik lakaran ini sebenarnya ingin menyampaikan sesuatu seperti Nabi Muhammad menyampaikan dalam bentuk lakaran..



 THEN

Have A Nice Day Everyone...(^_^)